Thursday, 29 November 2012

gadis baju biru (editted)

gadis berbaju biru itu berjalan sendiri. tasik yang tak pernah dilewatinya itu seolah mempunyai
seribu satu cerita padanya.
padangan dilempar pada sepasang kekasih yang sedang asyik bermadu kasih.
keluhan dilepas. Hampa.

Hati yang sunyi dibawa bersama. jiwa yang duka diusung bersama.
terimbau kisah perkenalan di sebuah tasik. bukan tasik itu. tapi tasik yang seakan tasik itu.
berbaju biru yang sama dipakainya hari ini. cuma emosi yang dibawanya sahaja berlainan.


Di bangku tepi tasik di sebelah selatan itu lah menjadi saksi pertemuan dua jiwa yang dahaga kasih dan perhatian. Jam ditenung setiap 5 minit. pandangan melilau mencari jika ada yang berjalan sendirian bersama sekuntum bunga mawar merah. ya. bunga mawar merah. itu petunjuk untuk mereka bertemu.


tapi itu dulu.
setelah berkali bertemu, hubungan mereka masih sekadar kawan.
sang putera inginkan perhubungan yang seserius mereka yang lain,
malang kerana sang puteri masih lagi menaruh curiga pada putera pilihan,
meski hati menyatakan tak mungkin ingin berpisah walau sekejap.


perkenalan singkat membawa rasa bahagia,
perkenalan ini mengajar rasa setia,
tapi pelangi petang mulai menyembunyi wajah,
hujan gerimis mungkin mahu mengambil alih rasa.

semakin hari. kasih semakin memudar.
kekuatan rasa mula menjarak mereka,
mungkin satu kepastian tentang perhubungan diperlu
agar tidak ada yang menanti tanpa pasti
dan tidak ada yang hanya memberi harapan palsu tanpa bicara

kini, si gadis kembali sedar.si gadis mula berfikir sendiri.
mungkinkah dia masih perlu bermain di zon selamat atau mencuba rentak permainan yang baru.
mungkin kali ini dia telah bertemu pemata  yang dicarinya selama ini.


















kisah ini diharap tidak hanya berakhir disini.
mungkin akan ada sambungan atau mungkin kisah ini hanya akan berakhir begitu saja tanpa sempat
dimulakan.









Sunday, 25 November 2012

hati




hatiku kosong perlu pengisian
jiwaku lara idam perhatian
dari dia yang belum kelihatan
dari insan berlainan perasaan


ceritera kita mungkin berbeza
perjalanan kita xseharusnya sama
namun untuk menuju ke penamatnya
aku harap kau ada di sisi sentiasa


Add caption



Saturday, 17 November 2012

gadis itu

tatkala ramai gadis2 sebayanya duduk berhimpun,
gadis itu selalunya hanya mendiam
adakala dijampuknya sedikit seolah dia pernah di situasi itu
cinta baginya sebuah pentas lakonan
sebuah ukiran imaginasi si penglipurlara
walau tak pernah merasa tapi dia yakin
dia cukup arif hal berkaitannya

bagi si gadis,
semua lelaki bijak menutur kata palsu,
bagi si gadis,
semua lelaki tidak mampu setia dgn hanya satu wanita,
bagi si gadis,
semua lelaki tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

tapi dia lupa,
dia dilahirkan dari hasil cinta seorang lelaki dan wanita
dia dibesar dengan titik peluh keringat lelaki itu
dibahu lelaki itulah disandarkan esakannya
di tangan lelaki itulah diletakkan segenggam semangat


kini si gadis membesar,
pintu yang tertutup kini mula memberi ruang
jalan yang gelap mula dihiasi cahaya
namun masih terdetik dihatinya sekelumit curiga
masih terkesan dihatinya setitis rasa tidak percaya

2013 bakal menjelma..
masih terlalu awal untuk meneka,
nantikan sahaja,
semoga ada kisah baru dari si gadis itu.


Monday, 29 October 2012

OBSTETRIK POSTING



Salam.
Entri ini sebenarnya dah lama nak dipostkan, tapi xtau bila yang sempatnya.
HAHAHA.bajet bizi la kan.


*dush ! dush !*

Ok. Obstetric posting. 
Firstly, mungkin ada yang xtahu apa itu obstetric.
 Hmm..obstetrik adalah berkaitan dgn kehamilan dan kelahiran.
 Jadi utk obstetric posting kali ni, kami dibahagi 2 hospital.
Satu di  WAD bersalin Hospital Pulau Pinang 
dan satu g di wad bersalin hospital Seberang Jaya.
Aku? Of kos di HPP.hehehe.
Gila dekat. Pagar dia belakang bilik aku ja.hahha.
Kerja sini xikut shift, semuanya opis hour (0800- 1700)
So..mmg best la. Sabtu ahad cuti kot. Hahaha..


So, disini ada 3 ward. 
ANTENATAL( WARD IBU MASIH MENGANDUNG) , 
POSTNATAL (WARD IBU TELAH BERSALIN) dgn 
LABOUR ROOM ( BILIK BERSALIN)
Aku mula2 masuk adalah antenatal. 
Kat situ mostly ibu2 ngandung yang ada masalah
 la mcm pre matured contraction( kontraksi awal), 
placenta previa( uri duk bawah), PIH (hypertention dlm ngandung).
Bila betul2 kontraksi baru depa ditolak ke LABOUR ROOM..



Bercakap ttg labour room ni best.
First time aq tgk org bersalin betoi2 dpan mata.
Adussss. Pengalaman dowh !
Mula2 takut gak sbb ramai 
kata macam gerun la, seram la, byk darah la.
 Tapi .hmm.ok ja. Xda la gerun sgt.
Paling sonok lepas ibu penat2 meneran, anak pon kuar. Rasa lega sgt.


Ward postnatal plak adalah ward dimana selepas di labour room, 
ibu dan anak dirawat di situ.
Sini best sbb byk sgt baby. Ibu2 pon rajin ja melayan kami ni.
Seronok sgt lah.. 
pagi2 kami akan ambik baby utk mandi, 
cuci tali pusat. Pastu tgh hari sikit wat vulva swabbing (cuci luka jahitan ibu)..
Time mandi paling best sebab time tu penuh bergema ward dgn sora baby2..
Meriah …. mcm pertandingan pon ada..

 so..mmg sonok ah. byk sebenarnya nak cita tapi xtau nak cita camna.
mmg pengalaman yg menyeronokkan ah.



anak angkat kami semua..=)
QASEH..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...